Perkembangan Diri


Perkembangan Diri – Modal Insan

Pengenalan

Aset yang paling berharga bagi sesebuah negara adalah warganya. Modal insan inilah yang merupakan aset yang boleh disuntik nilai tambahnya, ditingkatkan nilai inteleknya serta diperkaya modal budayanya. Pembangunan modal insan adalah penentu bagi meningkatkan daya saing dan produktiviti negara. Bersesuaian dengan kehendak industri serta pasaran semasa dan masa hadapan, pembangunan modal insan perlu dirancang dengan rapi agar dapat meningkatkan bina upaya generasi muda Malaysia ke arah melahirkan guna tenaga yang terlatih dan berdaya saing, sepadan dan mencukupi dengan keperluan negara pada 2020.

Pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal insan yang mempunyai:

  • jati diri yang kukuh
  • berketrampilan
  • berkeperibadian mulia
  • berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju 2020.

Modal insan yang ingin dihasilkan perlu mampu untuk:

  • berfikir secara kritis dan kreatif
  • berkemahiran menyelesaikan masalah
  • berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru
  • mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah.
  1. Dasar dan Matlamat
    • Membangunkan modal insan mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni
    • Memupuk semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi, menerapkan nilai, moral dan sikap positif serta membina disiplin
    • Memastikan anak bangsa Malaysia mempunyai ilmu pengetahuan serta kepakaran yang tinggi bagi penyediaan guna tenaga dalam pelbagai jenis pekerjaan
    • Melengkapi pelajar dengan kemahiran, komunikasi berkesan, kebolehan menggunakan ICT dengan baik, berupaya berfikir secara kreatif dan kritis serta mampu bertindak secara rasional
    • Mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat, mempunyai nilai yang tinggi, berupaya menjadi pemimpin yang berkesan dalam keluarga dan masyarakat
  2. Status Semasa Modal Insan
    • Membangunkan modal insan yang memiliki penampilan unggul untuk mendukung cita-cita negara serta menyediakan kepimpinan yang utuh
    • Ciri-ciri seseorang dengan penampilan unggul:
      • berhemah mulia
      • berpendidikan
      • berjaya dalam bidang yang diceburi
      • amanah
      • berbudi pekerti
      • rajin
      • berdisiplin
      • ikhlas
      • tekun
  3. Cabaran Melahirkan Modal Insan
    • Menyemai nilai-nilai yang akan menghasilkan perwatakan pelajar yang unggul
    • Tanggungjawab yang berat, usaha yang berterusan, penggemblengan tenaga dan komitmen jitu daripada semua pihak
  4. Tumpuan Dalam RMK ke-9
    (Link http://www.pmo.gov.my/ )
    • Mengadakan lebih banyak pilihan pendidikan kepada ibu bapa dan pelajar
    • Meningkatkan keupayaan dan minat pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran
    • Membentuk ketrampilan dan keperibadian pelajar melalui:
      • pemantapan kurikulum
      • pemantapan program kokurikulum
      • pemantapan program sukan
      • pembudayaan adab dan budi bahasa
      • pengukuhan program 3K (Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan)
      • pengukuhan disiplin pelajar
    • Memantapkan dan memperbaharui sistem pentaksiran dan penilaian pelajar
  5. Fokus dan Strategi Perlaksanaan
    • Mengadakan lebih banyak pilihan pendidikan kepada ibu bapa dan pelajar
    • Meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu
    • Memupuk pelajar memiliki kemahiran dan ketrampilan
    • Memantapkan sistem pentaksiran dan penilaian dan penilaian supaya lebih holistik
    • Memantapkan program kokurikulum dan sukan
    • Memperkukuh disiplin pelajar
    • Mempercepat perkhidmatan sistem aduan masalah disiplin
    • Memantapkan kurikulum
    • Meningkatkan kerjasama dengan pelbagai agensi (link kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, http://apps.emoe.gov.my/bppdp/)
  6. Nilai berkaitan dengan perkembangan diri dalam Pendidikan Moral
    • Nilai berkaitan dengan perkembangan diri dalam Pendidikan Moral KBSR meliputi 9 nilai manakala dalam KBSM pula terdapatnya 12 nilai seperti yang berikut:

      Bil.Nilai berkaitan dengan perkembangan diri dalam KBSR
      Nilai berkaitan dengan perkembangan diri dalam KBSM
      1 Kepercayaan kepada TuhanKepercayaan kepada Tuhan
      2 Kebersihan fizikal dan mental Amanah
      3 Harga Diri Harga Diri
      4 Kerajinan Bertanggungjawab
      5 Hemah Tinggi Hemah Tinggi
      6 Kasih SayangToleransi
      7 Kesederhanaan Berdikari
      8 Kejujuran Kerajinan
      9 Baik Hati Kasih Sayang
      10 Berterima Kasih Keadilan
      11 -Rasional
      12 -Kesederhanaan
 
  • Secara amnya, kesemua nilai berkaitan dengan perkembangan diri adalah untuk memperkukuhkan insan modal seorang individu yang bermoral atau berakhlak mulia. 

Senarai Pautan: