Alam Sekitar
Alam Sekitar – Pencemaran Air, Udara, Darat dan Bunyi
Pengenalan
Masalah pencemaran bukanlah suatu perkara yang baru di Malaysia. Berlakunya pencemaran telah menyebabkan pelbagai masalah lain terutamanya masalah kesihatan dan ancaman terhadap manusia dan alam sekitar.
Jenis pencemaran
Terdapat empat jenis pencemaran yang utama di Malaysia iaitu pencemaran air, udara, darat dan bunyi seperti yang berikut:
- Pencemaran Darat
Aktiviti manusia menyebabkan berlakunya pelbagai jenis pencemaran alam. Sistem pembuangan sampah yang tidak terurus menjadi punca utama pencemaran darat. - Pencemaran Udara
Asap yang dikeluarkan oleh kilang, kenderaan dan pembakaran terbuka mencemarkan udara. Udara menjadi tercemar apabila kandungan gas yang berbahaya seperti karbon monosikda, karbon dioksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida, nitrogen oksida dan ampaian lain memenuhi ruang udara. - Pencemaran Air
Pencemaran air berlaku akibat pembuangan sampah sarap dan sisa toksid dari kawasan perindustrian dan kawasan perumahan ke dalam sungai dan laut. Tumpahan minyak, pembuangan sisa bahan kimia dari kilang, najis ternakan dan racun serangga juga menyebabkan pencemaran ini berlaku. - Pencemaran Bunyi
Pencemaran bunyi terhasil daripada kilang-kilang, kenderaan-kenderaan, alatan eletronik dan kawasan-kawasan dalam pembinaan. Bunyi dari kilang yang terlalu bising akan menyebabkan berlakunya keadaan yang tidak tenteram dan selesa.
Nilai berkaitan dengan alam sekitar dalam Pendidikan Moral
- Nilai berkaitan dengan alam sekitar dalam Pendidikan Moral KBSR meliputi 3 nilai manakala dalam KBSM pula terdapatnya 4 nilai seperti yang berikut:
Bil.
Nilai berkaitan dengan diri dan alam sekitar dalam KBSR
Nilai berkaitan dengan alam sekitar dalam KBSM
1 Kebersihan dan Keindahan Persekitaran Menyayangi dan Menghargai Alam Sekitar 2 Menyayangi Alam Sekitar Keharmonian antara Manusia dengan Alam Sekitar 3 Peka terhadap Isu Alam Sekitar Kemapanan Alam Sekitar 4 - Peka terhadap Isu-isu Alam Sekitar - Kesemua nilai berkaitan dengan alam sekitar dalam Pendidikan Moral adalah mustahak dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
Senarai Pautan:
- Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar
http://www.doe.gov.my - World Wildlife Fund
http://www.wwfmalaysia.org - Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
http://www.forestry.gov.my - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)
http://www.wildlife.gov.my