Patriotisme


Patriotisme – Rukun Negara

Pengenalan

Sebelum Rukun Negara diperkenalkan, telah berlaku rusuhanantara kaum pada 13 Mei 1969. Ketenteraman negara telah terjejas akibat kejadian itu. MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) telah mengambil alih pentadbiran negara. MAGERAN telah menubuhkan Majlis Perundingan Negara (MPN) untuk membincangkan dan menilai isu perpaduan negara. MPN telah memperkenalkan ideologi negara iaitu Rukun Negara.

Matlamat Rukun Negara

  • Mengukuhkan perpaduan
  • Memelihara corak hidup demokratik
  • Mencipta sebuah masyarakat yang adil
  • Menjamin sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang pelbagai
  • Membina masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi

Prinsip-prinsip Rukun Negara

  1. Kepercayaan Kepada Tuhan
    • Agama merupakan pegangan utama rakyat Malaysia
    • Rakyat yang beragama mudah diurus
    • Perlembagaan menetapkan Islam adalah agama rasmi tetapi agama lain bebas dianuti
  2. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
    • Semua rakyat dituntut setia kepada Raja dan Negara
    • Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua negara dan raja Melayu merupakan ketua negeri
    • Raja adalah simbol penyatuan rakyat dan pelrindung hak istimewa pribumi
    • Penderhakaan kepada raja juga bermaksud penderhakaan kepada negara
  3. Keluhuran Perlembagaan
    • Perlembagaan merupakan undang-undang utama
    • Perlembagaan dianggap luhur, suci dan unggul
    • Rakyat dituntut supaya menerima, mematuhi, menyanjungi dan mempertahankannya
  4. Kedaulatan Undang-Undang
    • Rakyat dituntut menghormati undang-undang dengan tidak melakukan kesalahan di sisi undang-undang
    • Rakyat akan hidup dalam keamanan apabila kedaulatan undang-undang terpelihara
    • Rakyat bertanggungjawab memastikan undang-undang negara sentiasa didaulatkan dan tidak dicabar oleh mana-mana pihak
  5. Kesopanan dan Kesusilaan
    • Rakyat Malaysia dituntut bersopan dan bertatasusila
    • Ia merupakan nilai-nilai murni yang melambangkan keperibadian seseorang individu
    • Menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni, penyayang dan saling menghormati

Lagu Rukun Negara

Lima Prinsip Rukun Negara

Lima prinsip Rukun Negara
Lima prinsip Rukun Negara
Harus menjadi cara hidup kita
Bukan sekadar ikrar sahaja
Sekali sekala dibaca semata

Lima prinsip Rukun Negara
Telah menjadi teras perpaduan
Membentuk satu negara
Tanpa mengira agama dan bangsa

Korus:
Amalkanlah Rukun Negara
Dalam hidup harian kita
Tanpa mengira tua muda
Mengekalkan warisan kita

Lima prinsip Rukun Negara
Telah menjadi teras perpaduan
Membentuk satu negara
Tanpa mengira agama dan bangsa

Lima prinsip Rukun Negara

Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan

Itulah prinsip Rukun Negara

Link RTM untuk melodi:
http://www.rtm.net.my/radio/html_bm/patriotik.html

Nilai berkaitan dengan patriotism dalam Pendidikan Moral

  • Nilai berkaitan dengan patriotism dalam Pendidikan Moral KBSR meliputi 2 nilai manakala dalam KBSM pula terdapatnya 3 nilai seperti yang berikut:

    Bil.

    Nilai berkaitan dengan diri dan negara dalam KBSR

    Nilai berkaitan dengan patriotism dalam KBSR

    1Hormat dan Setia kepada Pemimpin, Raja dan Negara Cinta akan Negara 
    2Cinta akan Negara 
     
    Taat Setia pada Raja dan Negara 
    3Sanggup Berkorban untuk Negara 

  • Kesemua nilai berkaitan dengan patriotism dalam Pendidikan Moral adalah penting dalam mewujudkan setiap warganegara yang bertanggungjawab, mentaat dan setia kepada negara supaya mengekalkan kesejahteraan dan keharmonian negara berdasarkan prinsip Rukun Negara.

Senarai Pautan