Hak Asasi Manusia


Pengenalan

Apakah maksud Hak Asasi Manusia?

Hak asasi manusia adalah asas kepada kewujudan manusia dan kewujudan bersama manusia. Hak asasi manusia bersifat sejagat, tidak boleh dibahagikan dan saling bergantung. Hak asasilah yang menjadikan kita manusia. Berteraskan prinsip hak asasi manusialah kita membina kesucian meruah manusia. -Kofi Anan

Senarai Hak Asasi termasuk:

  • Hak asasi Kanak-kanak
  • Hak asasi Wanita
  • Hak asasi Orang Kurang Berupaya
  • Hak asasi Pengguna

Hak Asasi Kanak-Kanak

Pengenalan

Dunia kanak-kanak sepatutnya dilalui dengan penuh riang dan ceria. Seiring usia yang masih mentah dan jiwa mereka yang putih bersih, kanak-kanak berhak menikmati kehidupan indah dan menggembirakan. Kanak-kanak perlu mendapat pembelaan yang sewajarnya oleh anggota masyarakat bagi memberi peluang kepada mereka untuk berkembang potensi secara menyeluruh dan seimbang. 

Hak asasi kanak-kanak sejagat telah digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak atau dikenali sebagai Children's Rights Convention (CRC) pada tahun 1989. Negara Malaysia telah terima pakai CRC kecuali mengekalkan reservasi terhadap Fasal 1, 2, 7, 13, 14, 15, 28 (1) (a) dan 37. kerana bertentangan dengan dasar, undang-undang dan amalan negara kita (Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia). Menurut CRC, hak utama kanak-kanak yang harus dilindungi adalah:

  • Hak untuk hidup
  • Hak memperoleh perlindungan
  • Hak berkembang
  • Hak penyertaan

Bagi memastikan mereka tidak terabai di dalam arus kehidupan masa kini yang penuh cabaran, hak asasi kanak-kanak perlu dihormati dan dilindungi dalam aspek yang berikut:

  • penjagaan
  • pendidikan
  • kemudahan asas
  • advokasi
  • perundangan
  • perkerjaan dan kesejahteraan hidup kanak-kanak. 

Senarai Pautan

Menghormati Hak Wanita

Pengenalan

Dalam era kemajuan kini, kaum wanita berpotesi menjadi sumber pembangunan dalam pelbagai bidang sosial, ekonomi dan politik kian meningkat. Berpegang kepada hakikat inilah, pada tahun 1989, kerajaan kita telah menggubal Dasar Wanita Negara yang mengiktirafkan hak-hak wanita.  Dasar yang digubal ini mendukung cita-cita negara dan Perlembagaan Persekutuan bagi menjamin kedaulatan, kemakmuran, keadilan, kebebasan serta hak-hak asasi manusia. Ia juga memberi panduan serta hala tuju dalam semua aspek perancangan dan perlaksanaan program pembangunan negara khususnya yang melibatkan kaum wanita secara langsung ataupun tidak tanpa diskrimanisi atau sebab kejantinaannya. (link kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat  http://www.kpwkm.gov.my)

Senarai Pautan

Menghormati Hak Golongan Kurang Berupaya

Menurut Akta Bagi Orang Yang Kurang Upaya 2002,  kurang berupaya bererti `penghalangan atau kekurangan upaya untuk melakukan sesuatu aktiviti dengan cara yang dianggap normal bagi orang biasa.' Golongan kurang berupaya terdiri daripada individu yang mempunyai kecacatan fizikal seperti kehilangan anggota, buta, pekak, bisu dan lumpuh atau kecatatan mental seperti celebral plasy, sindrom down dan autisme. Sebagai anggota masyarakat, golongan kurang upaya mempunyai hak dan kedudukan yang sama seperti golongan yang lain.

Senarai Pautan

Melindungi Hak Pengguna

Pengguna merujuk kepada mereka yang membeli, mendapatkan dan menggunakan semua jenis barang dan pelbagai perkhidmatan termasuklah perumahan untuk memenuhi keperluan dan kehendak mereka. Dalam menuju ke arah penggunaan  lestari (link kepada  Dasar Pengguna Negara, http://www.kdnhep.gov.my), pengguna seharusnya menyedari hak-hak yang ada serta mengetahui akta-akta serta undang-undang yang akan membela pengguna yang teraniaya.

Hak asasi pengguna yang harus dihormati dan dilindungi oleh setiap individu adalah seperti yang berikut::

  • Hak untuk mendapatkan keperluan asas
  • Hak untuk mendapatkan keselamatan
  • Hak untuk mendapatkan maklumat
  • Hak untuk memilih
  • Hak untuk menyuarakan pendapat
  • Hak untuk mendapatkan ganti rugi
  • Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna
  • Hak mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat.

Di Malaysia, undang-undang perlindungan pengguna dikawal oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. (Link kepada http://www.kdnhep.gov.my). Antara undang-undang yang utama dan mampu membela nasib pengguna teraniaya ialah:

  • ndang-undang kontrak
  • Undang-undang kecuaian
  • Undang-undang Jenayah
  • Undang-undang Kawalan Kredit

Akta-akta Pengguna

Antara akta yang terdapat yang bole digunapakai oleh pengguna adalah seperti berikut:

  • Akta Sewa Beli (Pindaan), 1992
  • Akta Perihal Dagangan, 1972
  • Akta Hakcipta, 1987
  • Akta Kewangan, 1965
  • Akta Kawalan Harga, 1946 (Disemak 1973)
  • Akta Timbang dan Sukat, 1972

Senarai Pautan

Nilai berkaitan dengan Hak Asasi Manusia dalam Pendidikan Moral

  • Nilai berkaitan dengan hak asasi manusia dalam Pendidikan Moral KBSR meliputi 4 nilai manakala dalam KBSM pula terdapatnya 5 nilai seperti yang berikut:

    Bil.

    Nilai berkaitan dengan diri dan masyarakat dalam KBSR  

    Nilai berkaitan dengan Hak Asasi Manusia dalam KBSM 

    1Tanggungjawab terhadap Masyarakat Melindungi Hak Kanak-kanak 
    Toleransi dalam Masyarakat Menghormati Hak Wanita 
    Semangat Bermasyarakat
     
    Melindungi Hak Pekerja
     
    Peka terhadap Isu-isu Sosial Menghormati Hak Golongan Kurang Berupaya 
    -  Melindungi Hak Pengguna 

  • Kesemua nilai berkaitan dengan diri dan masyarakat dalam KBSR dan nilai berkaitan dengan hak asasi manusia dalam KBSM memberi tumpuan untuk  mewujudkan seorang individu yang dapat menghayati dan menghargai kepentingan hidup bersama demi mengekalkan kesejahteraan dan keharmonian negara berdasarkan prinsip Rukun Negara.

Senarai Pautan