Demokrasi


Demokrasi – Undang-undang & Sistem Kehakiman

Pengenalan

Negara Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen dan Raja berperlembagaan.  Demokrasi berparlimen diamalkan melalui pilihanraya umum bagi memilih anggota Parlimen selaku badan perundangan tertinggi. Ketua kerajaan dan anggota kabinetnya juga dipilih dari anggota Parlimen samada dari Dewan Negara atau Dewan Rakyat.  Raja berperlembagaan membawa erti pemerintahan Raja yang tidak mempunyai kuasa mutlak tetapi hanya boleh bertindak berlandaskan Perlembagaan Persekutuan. 
 
Antara undang-undang dan akta-akta yang ditegaskan dalam Pendidikan Moral adalah seperti yang berikut: 

  • Undang-undang  Keselamatan Jalan Raya
  • Undang-undang Laut Antarabangsa
  • Undang-undang Siber
  • Akta Keselamatan Dalam Negeri
  • Akta Dadah Berbahaya
  • Akta Juvana
  • Akta mencegah penyeludupan

(Sumber: Pusat Perkembangan Kurikulum, Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral KBSM (semakan) Tingkatan 2, 4 dan 5.Kementerian Pelajaran Malaysia) 

Nilai berkaitan dengan Demokrasi dalam Pendidikan Moral

  • Nilai berkaitan dengan demokrasi dalam Pendidikan Moral KBSR meliputi 4 nilai manakala dalam KBSM pula terdapatnya 5 nilai seperti yang berikut: 

    Bil.

    Nilai berkaitan dengan diri dan masyarakat dalam KBSR  

    Nilai berkaitan dengan Demokrasi dalam KBSM 

    1Patuh kepada Peraturan dan Undang-Undang  Mematuhi Peraturan dan Undang-undang 
    2-Kebebasan Bersuara 
    3-Kebebasan Beragama 
    4-Penglibatan Diri dalam Pembangunan Negara
     
    5-Sikap Keterbukaan 

  • Kesemua nilai berkaitan dengan demokrasi adalah penting untuk memastikan bahawa setiap anggota masyarakat hidup saling faham-memahami dan hormat-menghormati dalam suasana yang harmonis dan kesejahteraan berlandaskan kepada keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang

 Senarai Pautan