Keamanan dan Keharmonian


Keamanan & Keharmonian – Wawasan 2020

ISU WAWASAN 2020 (Pautan: http://www.pmo.gov.my)

Apakah Wawasan 2020?

Wawasan 2020 telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke 4, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 28 Februari 1991. Ia membincangkan hala tuju masa depan dan peranan yang boleh dimainkan oleh rakyat Malaysia untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian yang maju sepenuhnya menjelang 2020. Selain daripada itu, matlamat Wawasan 2020 juga ingin menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang kukuh dan stabil. Melalui Wawasan 2020, adalah diharapkan agar rakyat Malaysia menjadi masyarakat yang bersatu padu, mempunyai nilai moral dan beretika, demokratik, liberal dan bertolak ansur, berintegrasi, penyayang serta adil dari segi pengagihan ekonomi.

Cabaran Wawasan 2020

  1. Mewujudkan negara Malaysia yang bersatu dan mempunyai yang dikongsi bersama
  2. Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju
  3. Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang
  4. Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika
  5. Mewujudkan masyarakat yang liberal dan bertolak ansur
  6. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif
  7. Mewujudkan masyarakat penyayang
  8. Mewujudkan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi
  9. Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental

(link kepada http://www.pmo.gov.my )

Nilai berkaitan dengan Keamanan dan Keharmonian dalam Pendidikan Moral

  • Nilai berkaitan dengan keamanan dan keharmonian dalam Pendidikan Moral KBSR meliputi 1 nilai manakala dalam KBSM pula terdapatnya 3 nilai seperti yang berikut: 

    Bil.

    Nilai berkaitan dengan diri dan negara dalam KBSR 

    Nilai berkaitan dengan Keamanan dan Keharmonian dalam KBSM 

    1Keamanan dan keharmonian
     
    Hidup Bersama secara Aman 
    2-Saling Membantu dan Bekerjasama 
    3-Saling Menghormati antara Negara 

  • Kesemua nilai berkaitan dengan keamanan dan keharmonian  adalah penting untuk  umat manusia hidup secara aman, saling membantu dan bekerjasama serta saling menghormati supaya mengekalkan kesejahteraan dan keharmonian dalam negara dan antara negara.

Senarai Pautan