Pendekatan


Pendahuluan

Terdapatnya beberapa pendekatan pendidikan moral yang telah diperkenalkan melalui pelbagai program pendidikan moral atau nilai. Pendekatan-pendekatan ini telah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral sama ada di negara barat atau timur, termasuklah negara kita.  

Antara pendekatan yang telah diusahakan melalui pelbagai program pendidikan moral yang mungkin boleh digunakan dalam konteks Pendidikan Moral di negara kita ialah:

  1. Pemupukan Nilai
  2. Perkembangan Moral Kognitif
  3. Analisis Nilai
  4. Penjelasan Nilai
  5. Pendekatan Domain
  6. Pendekatan Penyayang (Caring)
  7. Pendekatan Berasaskan Kemahiran
  8. Pembelajaran Kooperatif
  9. Pembelajaran Aktif

Kesemua pendekatan tersebut memberi beberapa pilihan kepada guru dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Moral yang merangkumi ketiga-tiga aspek atau dimensi penaakulan/pemikiran moral, perasaan/emosi moral dan perlakuan/ tindakan moral.

Pendekatan Matlamat Strategi 
Pemupukan Nilai Memupuk atau menghayati nilai yang diharapkan; atau mengubah nilai  murid kepada perlakuan moral yang diharapkan. 
  • Melalui contoh teladan daripada tokoh-tokoh tempatan, negara dan luar negeri.
  • Pengukuhan perlakuan positif kepada tingkah laku yang baik dan dendaan yang sesuai bila berlakunya tingkah laku negatif.
  • Memberi keterangan serta memanipulasi keadaan atau pengalaman yang dialamai oleh pelajar supaya mereka menerima dengan baiknya sesuatu nilai yang dikehendaki. 
Perkembangan Moral Kognitif Membimbing murid mengembang pertimbangan moral ke peringkat yang lebih tinggi berasaskan kepada teori perkembangan moral kognitif Kohlberg. 
  • Mengemukakan satu dilemma moral dan soalan probe.
  • Murid membuat pilihan moral  dan memberi sebab atas pilihan.
  • Berdasarkan kepada sebab yang diberikan tentukan peringkat pertimbangan moral mengikut peringkat perkembangan moral kognitif Kohlberg.
  • Tambah soalan probe untuk meningkatkan tahap pemikiran moral murid.  
Analisis NilaiMelalui proses analisis,  membantu murid menggunakan logik dan pemikiran moral  dalam membuat keputusan terhadap isu dan persoalan moral
  • Kenal pasti dan menjelaskan soalan/isu nilai
  • Mengumpul fakta/bukti
  • Menilai fakta yang relevan dan membuat keputusan tentatif
  • Menguji keputusan tentatif berdasarkan kepada prinsip moral yang sejagat dan dalam pelbagai situasi yang sama.
Penjelasan NilaiMembimbing murid menyedari dan kenal pasti tentang perasaan dan nilai peribadi dan orang lain sertai berkomunikasi secara terbuka nilainya kepada orang lain
  • Memilih darpada pelbagai alternatif secara bebas setelah memikir tentang kesan terhada setiap alternatif
  • Menghargai dan mengesah pilihannya secara terbuka
  • Mengamalkan nilai yang dipih berulang-ulang dan dalam jangka masa yang panjang
Pendekatan DomainMerangsang perkembangan konsepi moral dan konvensi sosial murid dalam konteks masyarakat
  • Perbincangan secara berkomunikasi dengan menarik minat murid
  • Perbincangan transaktif (permainan penerangan, permainain penyangkalan dan (c) resolusi integratif
Pendekatan Penyayang (Caring)Mengekal dan megukuhkan amalan caregiving bukan caretaking  di dalam diri sendiri dan terhadap orang lain
  • Modeling - memberi sayang (carer) dan menerima sayang (cared for).
  • Dialog - membuat refleksi dan menganalisis perlakuan dan reaksinya
  • Amali - mengadakan amali   bersama dengan model dewasa.
  • Pengesahan - mengesah dan menggalakkan “the best in others”
Pendekatan Berasaskan Kemahiran Membimbang murid menguasai kemahiran dalam empat proses bertingkahlaku moral Rest.
  • Proses 1: Sensitiviti beretika - proses kesedaran 
  • Proses 2: Pertimbangan beretika - proses membuat keputusan
  • Proses 3: Motivasi beretika - mengikut  situasi secara spesifik & am
  • Proses 4: Tindakan beretika - kekuatan ego  dan kemahiran untuk melaksana
Pembelajaran Koperatif Mewujud suasana pembelajaran yang saling pengantungan positif di mana  murid akan bekerja dan belajar bersama-sama untuk mencapai sesuatu matlamat yang tertentu.
  • Memberi tugasan dan matlamat
  • Memberi maklumat
  • Membahagikan kepada pasokan yang heterogenous
  • Membimbing pembelajaran secara pasokan seperti “Think, Pair & Share” atau “Jigsaw”
  • Membentang atau menguji hasil
  • Memberi pengesahan
Pembelajaran Aktif Melibatkan murid dalam proses pembelajaran secara hands-on  dan minds-on.
  • Pembelajaran aktif secara verbal
  • Pembelajaran interaktif secara bertulis
  • Pembelajaran aktif secara visual
  • Pembelajaran berorientasi masalah secara aktif (Active problem orientated learning)