Main Peranan


Main Peranan

Tujuan

Murid dapat mengalami situasi sebenar melalui peranan yang dimainkan supaya murid dapat

  • menjelaskan di samping mendemonstrasikan konsep dan sikap moral
  • mendalami pemahaman terhadap situasi sosial
  • bersedia untuk mengalami situasi sebenar
  • merancang strategi dan membuat pelbagai keputusan untuk menyelesaikan masalah
  • membina kemahiran seperti kepimpinan ; keterampilan diri dan menyelesaikan masalah

Prosedur

  • Pilih situasi yang mudah dan mempunyai dua hingga empat watak dalam situasi tersebut
  • Pilih murid yang sukarela untuk main peranan. Kadangkala guru boleh memilih murid yang berbeza untuk main peranan yang sama. Penonton akan memperolehi interpretasi yang berbeza danĀ  membuat pelbagai inferens serta penerokaan
  • MuridĀ  perlu diberi penerangan mengenai watak; tujuan; dan situasi yang dilakonkan. Murid-murid diberi masa untuk berlatih
  • Penonton juga perlu diberi penerangan supaya mereka faham watak yang dilakonkan
  • Lakonkan situasi. Berikan kebebasan kepada murid-murid untuk melakonkan watak mereka
  • Lakonkan semula situasi jika perlu dengan menggunakan murid yang berlainan
  • Perbincangan mengenai situasi boleh dilakukan setelah selesai aktiviti main peranan. Guru boleh membimbing murid-murid dalam membuat rumusan