Theory of Constraints


Theory of Constraints (TOC) Untuk Pendidikan

Theory of Constraints (TOC) merupakan satu cara pemikiran yang sistematik yang membekalkan perkakas pemikiran berlandaskan common sense.

Perkakas pemikiran ini membekalkan manusia alatan untuk berfikir secara kreatif dan mempunyai kemahiran komunikasi interpersonal yang kualitatif.

Matlamat:

  • Meningkatkan kemahiran pemikiran dan berkomunikasi
  • Meningkatkan cara pembelajaran murid-murid dan proses memperolehi maklumat
  • Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang berkesan

Terdapat tiga kaedah yang boleh diaplikasikan dalam bilik darjah

  • The Cloud/Awan
  • The Branch/Dahan
  • The Tree/Pokok

The Cloud/Awan

Untuk menyelesaikan konflik supaya mencapai matlamat yang sama.

The Branch/Dahan

Untuk menganalisa kesan dan akibat dalam sesuatu situasi. 

The Tree/Pokok

Untuk membina satu rancangan atau pelan tindakan untuk mencapai matlamat yang dihasratkan.

Ini bererti tidak ada lagi isu:

‘No more me against you and you against me because of the problem; But you and me against the problem’

Ini yang mewujudkan landasan kepada situasi...  menang-menang.

Pelbagai aspek lain berkait terus dengan TOC untuk pendidikan:

  • Penyelesaian konflik
  • Pendekatan secara holistik
  • Kerja berpasukan
  • Mewujudkan pelajar yang berdikari
  • Proses perkembangan/kemajuan yang berterusan
  • Pemikiran yang membawa perubahan