Penyelesaian Masalah Moral


Penyelesaian Masalah Moral

  • Apakah masalah/nilai yang dipersoalkan?
  • Apakah pilihan/cara menyelesaikannya?
  • Apakah kesan setiap pilihan/cara kepada diri,  orang lain dan persekitaran? (Kenapa, Siapa, Bila, Di mana dan Bagaimana - 4W + 1H)
  • Apakah pilihan/tindakan saya?
  • Perlukah saya mempertimbangkan pilihan/tindakan saya semula (4W + 1H)

Keputusan haruslah berdasarkan kepada nilai dan prinsip.

Mengurus Emosi

Mengurus Emosi Kendiri

“Jangan memanjakan diri”   “Jangan menafikan”
 “Wujudkan perhubungan yang lebih berharga”

  • Tanya diri lima soalan yang berikut:
    • Kenapa saya merasa sebegitu?
    • Apakah yang saya hendak mengubah?
    • Apakah yang saya perlu buat untuk menghilangkan perasaan itu?
    • Siapakah yang  menghadapi masalah? Saya atau mereka?
    • Apakah mesej yang tersirat dalam situasi itu?

Mengurus Emosi Orang Lain

  • Mengatasi “downward spiral”
    • memahami perasaan dan keperluan mereka tanpa menyokong pandangan/kepercayaan  yang tidak bernas atau terbukti
  • Mencari alternatif lain seperti:
    • galakkan apa yang positif
    • menyokong harga diri
    • menyokong sumbangan
    • memberi respon tetapi bukan beraksi