Resolusi Konflik


Resolusi Konflik

  • Konflik akan berlaku apabila terdapatnya sesuatu aktiviti atau nilai yang bertentangan dengan aktiviti atau nilai yang lain. Konflik ini boleh berlaku jika tidak ada persefahaman atau keperluan antara individu, kumpulan, komuniti atau negara.
  • Pendekatan penyelesaian masalah secara koperatif dengan menggunakan teknik menang-menang meliputi langkah-langkah yang berikut: 
    • Apakah yang dikehendaki oleh semua pihak yang terlibat? (kehendak)
    • Mengapakah setiap pihak memerlukan kehendak itu? (andaian, keperluan dan perasaan)
    • Apakah perbezaan antara kehendak yang diperlukan? atau  Adakah matlamat itu sama? (perbezaan individu/perubahan sikap)
    • Selesaikan masalah bukan orang yang terlibat (Solve the problem not the person)
  • Kemahiran resolusi konflik utama: 
    • Kemahiran perundingan (negotiation) melibatkan berkomunikasi secara ikhlas dengan: (i) menyatakan kehendak mereka; (ii) menyatakan perasaan mereka; (iii) menerangkan keperluan dan pendirian mereka (iv) mengambil perspektif pihak lain; (v) memberi pelbagai opsyen atau alternatif untuk memaksimakan persetujuan bersama-sama; dan (vi) mencapai persetujuan bersama-sama terhadap sesuatu  opsyen yang dipilih.
      Jika sesuatu resolusi konstruktif tidak dapat dicapai melalui perundingan, maka murid harus juga mengetahui bagaimana menyelesaikan konflik selanjutnya melalui pengantaraan.
    • Kemahiran pengantaraan (mediation) melibatkan (i) penamatan ketidaksefahaman; (ii)  kepastian bahawa adanya komitmen  menyelesaikan konflik melalui proses pengantaraan; (iii) pengantara (mediator) menjadi fasilitator dalam  perundingan; dan (iv) persetujuan secara formal dicapai.
      Jika pengantaraan gagal, maka murid harus mengetahui prosedur bagaimana pendamaian dijalankan dengan melibatkan cara untuk menyelesaikan konflik secara konstruktif.
    • Kemahiran pendamaian (arbitration) memerlukan seorang pendamai mendengar dengan teliti kedua-dua pihak yang terlibat dalam konflik dan kemudian memutuskan pihak yang manakah adalah betul dan yang manakah adalah salah. Murid perlu mengetahui bahawa pendamaian digunakan sebagai cara yang terakhir (last resort) dalam resolusi konflik secara konstruktif kerana mungkin ada satu pihak yang berasa tidak puashati dengan keputusan pendamai dan kedua-dua pihak tidak dapat menyelesaikan konflik sendiri secara koperatif dan konstruktif.