Kurikulum


MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN MORAL DAN KAITANNYA DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) DAN ASPIRASI NEGARA

PENGENALAN

  • Pendidikan Moral merupakan mata pelajaran teras dalam KBSR/KBSM untuk murid yang bukan beragama Islam.
  • Tumpuan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ini adalah terhadap pemupukan, penghayatan dan amalan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.
  • Nilai-nilai murni masyarakat Malaysia juga menjadi teras dalam nilai merentasi kurikulum dalam KBSR/KBSM.
  • Dengan tumpuan di atas,diharapkan akan dapat melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan, berperibadi mulia, berbudi serta rela dan sanggup berbakti kepada masyarakat dan negara.
  • Langkah ini selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang bertanggungjawab dan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap kemakmuran, keharmonian dan perpaduan di kalangan anggota masyarakat dan negara.

Maklumat Lain: