Kurikulum Pendidikan Moral


KURIKULUM PENDIDIKAN MORAL SEKOLAH

  • Pendidikan Moral ialah mata pelajaran teras atau wajib untuk semua murid yang tidak mengambil mata pelajaran Pendidikan Islam di dalam semua peringkat persekolahan iaitu dari pra-sekolah sehingga ke Tingkatan 5 (Akta Pendidikan 1996).
  • Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral untuk Sekolah Rendah (KBSR) mengandungi lima Bidang Pembelajaran yang menjadi wahana untuk menyampaikan nilai-nilai murni di kalangan murid.
  • Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral untuk Sekolah Menengah (KBSM)  mengandungi tujuh Bidang Pembelajaran yang menjadi wahana untuk menyampaikan nilai-nilai murni di kalangan murid.
  • Walaupun bidang pembelajaran dan nilai itu sama, skop dan penekanan isi pelajaran adalah berbeza kerana isu-isu moral yang dikemukakan semakin kompleks dan mendalam selaras dengan tahap keperluan dan kematangan murid.

KURIKULUM PENDIDIKAN MORAL INSTITUT PENDIDIKAN TINGGI SWASTA (IPTS)

  • Menurut Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) 1996 di bawah Subseksyen 43 (1) Akta 555,  Pendidikan Moral adalah  satu Mata Pelajaran Wajib (MPW) IPTS untuk semua  pelajar yang bukan beragama Islam di IPTS. 
  • Kelulusan dalam mata pelajaran ini menjadi pra-syarat untuk penganugerahan sijil, diploma dan ijazah di IPTS bagi wargenagara Malaysia. Justeru, Pendidikan Moral merupakan satu mata pelajaran yang teras dan penting dalam sistem pendidikan di Malaysia untuk membina sebuah masyarakat yang beretika dan moral
  • MPW IPITS Pendidikan Moral terdiri daripada:
    • Sukatan Pelajaran MPW IPTS Pendidikan Moral Peringkat Sijil dan Diploma ( MPW 1153).
    • Sukatan Pelajaran MPW IPTS Pendidikan Moral Peringkat Ijazah Pertama  (MPW2153).