Nilai Merentasi Kurikulum


NILAI MERENTASI KURIKULUM

Secara umum nilai-nilai murni dalam kurikulum merupakan kesepaduan antara nilai moral, nilai budaya, nilai agama dan nilai estetik. Pendidikan nilai adalah sebahagian daripada elemen yang menjadi asas dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Pendidikan nilai menjadi salah satu unsur yang penting setelah Kementerian Pendidikan melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke dalam kurikulum. FPN menegaskan penerapan 16 nilai murni masyarakat Malaysia dalam sistem pendidikan Malaysia. Nilai-nilai murni ini terdapat dalam agama, tradisi dan adar resam pelbagai kaum di negara ini serta selaras dengan nilai universal.

Nilai-nilai murni ini dirancang untuk merentasi kurikulum dan kurikulm tersembunyi.  Justeru itu sukatan mata pelajaran yang dibentuk berdasarkan KBSR dan KBSM telah mencadangkan nilai-nilai yang dianggap releven dan dapat diserapkan ke dalam semua mata pelajaran. Malah dalam sukatan untuk panduan guru yang disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, nilai-nilai murni bagi sesetengah mata pelajaran telah disenaraikan untuk diterapkan oleh guru-guru ke dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran nilai murni dalam Pendidikan Moral boleh digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran dalam semua mata pelajaran dalam bilik darjah. Kerasionalan pengajaran nilai dalam merentasi kurikulum adalah kerana nilai-nilai murni ini menjadi teras penting dalam semua mata kurikulum mata pelajaran di sekolah dan juga FPN menekankan perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan berpegang teguh kepada agama. Justeru itu guru perlu memahami dengan jelas konsep nilai merentasi kurikulum. Seterusnya guru perlu dapat melihat kaitan nilai dengan aktiviti yang dicadangkan serta pendekatan yang sesuai yang dapat digunakan untuk menerapkan nilai tertentu. Akhir sekali, guru juga perlu tahu bagaiman mengintergrasikan nilai yang telah diterapkan.

NILAI MERENTASI KO-KURIKULUM

Aktiviti kokurikulum didefinisikan sebagai aktiviti terancang dan berstruktur di luar bidang akademik. Ia merupakan kegiatan luar bilik darjah seperti sukan, aktiviti badan beruniform aktiviti kelab dan persatuan yang dilakukan di luar jadual persekolahan atau kurikulum. Kegiatan kurikulum di sekolah diharap dapat melahirkan murid yang seimbang dari segi fizikal, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Ini juga kerana pendidikan bagi menghasilakan insan harmonis dan seimbang tidak akan berhasil jika kurikulum semata-mata digunakan sebagai media penerapan nilai-nilia murni sejagat. Justeru, pendidikan yang mantap dan kukuh dapat menyelurkan aspek kurikulum ke dalam kokurikulm bagi meningkatkan keupayaan pendidikan menghidupkan falsafah tersebut. Oleh yang demikian  pengetahuan yang diperolehi dari kurikulum akademik dapat diintegrasikan secara praktis semasa menjalankan aktiviti kokurikulum. 
 
Aktiviti ko-kurikulum yang dirancang juga diharapkan dapat mengembangkan potensi, bakat dan kinta murid dalam pelbagai aktiviti beruniform, kelab, persatuan dan sukan. Kokurikulum perlu untuk menerapkan nilai-nilai murni melalui perkembangan diri inidividu ke dalam diri murid-murid. Nilai-nilai murni yang disisipkan melalui penerapan nilai semua mata pelajaran melalui pengajaran dan pembelajaran dapat dikukuhkan lagi melalui kegiatan kokurikulum. Pengalaman menjalankan aktiviti kokurikulum akan meluaskan daya fikir dan pengetahuan murid serta melahirkan kematangan fizikal, intelek, emosi, sosial dan nilai-nilai murni. Melalui kefahaman yang jelas terhadap konsep kokurikulum, adalah diharapkan nilai-nilai murni dapat diterapkan ke dalam kegiatan kokurikulum.  

NILAI MERENTASI BUDAYA SEKOLAH

Negara Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan Sikh. Kepelbagaian kaum ini juga mengundang kepada kepelbagaian dan keunikan budaya yang terdapat di negara kita. Kurikulum sekolah yang dibentuk dalam sistem pendidikan di negara kita adalah berorientasikan Malaysia bagi tujuan memupuk nilai-nilai kemalaysian. Namun ini bukanlah bermaksud untuk menolak atau menidakkan budaya sesuatu kaum dengan wujudnya nilai kemalaysiaan ini.

Kurikulum ini dibentuk sebagai alat untuk menyatupadukan pelbagai kaum di negara ini. Kurikulum yang terdapat dalam sistem pendidikan juga menerapakan dan mengintergrasikan nilai-nilai murni yang telah diterima oleh masyarakat di Malaysia. Malahan nilai-nilai murni yang dipilih secara khusus mengikut pelbagai budaya kaum dan bangsa di Malaysia ini. Maka dengan adanya keseragamanan nilai bagi semua murid di sekolah yang berorientasikan budaya Malaysia, maka dijangka akan dapat atau struktur yang sama bagi kefahaman budaya masyarakat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan juga fahaman.

Pendidikan sebagai asas intergrasi juga bergantung kepada pemupukan nilai-nilai dan langkah-langkah penyebaran dan pembudayaan yang dilakukan oleh guru semasa pengajaran dan pembelajaran di sekolah.  Malah dengan adanya penerapan nilai maka akan terbentuklah generasi yang mempunyai nilai-nilai yang sama melalui satu bahasa dan satu pembudayaan.   Justeru, sekolah sebagai sebuah institusi memainkan peranan yang penting dalam menerapkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.