Sukatan Pelajaran


SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSR

MATLAMAT

  • Kurikulum Pendidikan Moral bermatlamat membentuk insan berakhlak mulia, bertanggungjawab dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan negara serta masyarakat global.

OBJEKTIF

Kurikulum Pendidikan Moral membolehkan murid:

  • Memahami dan menghayati nilai-nilai murni masyarakat Malaysia
  • Meningkatkan amalan budi pekerti mulia;
  • Menyedari dan menerima kepentingan tanggungjawab moral dan sosial bagi mengekalkan kesejahteraan hidup dalam perhubungan diri dengan keluarga,  masyarakat, negara serta alam sekitar; dan
  • Mengembangkan pemikiran moral, perasaan moral dan amalan moral dalam membuat sesuatu pertimbangan dan keputusan yang selaras dengan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.

KANDUNGAN

Untuk membolehkan murid memahami, menghayati serta mengamalkan prinsip-prinsip tersebut sebanyak lima bidang pembelajaran telah dikenal pasti dan nilai-nilai moral disampaikan menerusi bidang pembelajaran tersebut. Selain aspek kerohanian dan kemanusiaan, bidang pembelajaran itu juga menekankan aspek kemasyarakatan dan kebudayaan. Bidang pembelajaran tersebut adalah seperti berikut :

  1. Nilai berkaitan dengan Perkembangan Diri
  2. Nilai berkaitan dengan Diri dan Keluarga
  3. Nilai berkaitan dengan Diri dan Masyarakat
  4. Nilai berkaitan dengan Diri dan Alam Sekitar
  5. Nilai berkaitan dengan Diri dan Negara

Untuk mendapat Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral secara terperinci, layari laman web, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia yang berikut:

http://myschoolnet.ppk.kpm.my/sp_hsp/p_moral.htm

SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM

 MATLAMAT

  • Kurikulum Pendidikan Moral bermatlamat membentuk insan berakhlak mulia, bertanggungjawab dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan negara serta masyarakat global.

OBJEKTIF

  • Memahami dan menghayati nilai-nilai yang diperlukan untuk berakhlak mulia
  • Menyedari dan menerima kepentingan keharmonian ntara manusia dan alam sekitar serta berusaha ke arah mengekalkannya
  • Meningkatkan persefahaman dan kerjasama bagi mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup dalam negara Malaysia yang demokratik
  • Mengembangkan pemikiran yang matang berasaskan nilai moral dan rohani dalam membuat keputusan bermoral dan menyelesaikan masalah; dan
  • Mempunyai iltizam untuk mengamalkan perlakuan yang bermoral secara adil dan altruistik selaras dengan nilai murni masyarakat Malaysia.

KANDUNGAN

Untuk mencapai matlamat dan objektif Pendidikan Moral, tujuh bidang pembelajaran telah dikenal pasti dan nilai-nilai moral disampaikan menerusi bidang pembelajaran tersebut. Selain aspek kerohanian dan kemanusiaan, bidang pembelajaran itu juga menekankan aspek kemasyarakatan dan kebudayaan. Bidang pembelajaran tersebut adalah seperti berikut :

  1. Nilai berkaitan dengan Perkembangan Diri
  2. Nilai berkaitan dengan Kekeluargaan
  3. Nilai berkaitan dengan Alam Sekitar
  4. Nilai berkaitan dengan Patriotisme
  5. Nilai berkaitan dengan Hak Asasi Manusia
  6. Nilai berkaitan dengan Demokrasi
  7. Nilai berkaitan dengan Keamanan dan keharmonian

Untuk mendapat Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral secara terperinci, layari laman web, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia yang berikut:

http://myschoolnet.ppk.kpm.my/sp_hsp/p_moral.htm

SUKATAN PELAJARAN MATA PELAJARAN WAJIB IPTS: PENDIDIKAN MORAL 

  • Sukatan Pelajaran MPW Pendidikan Moral Peringkat Sijil dan Diploma (MPW 1153)
  • Sukatan Pelajaran MPW Pendidikan Moral Peringkat Ijazah Pertama  (MPW2153)

Sila rujuk: http://www.lan.gov.my/lan2007/index2bm.htm